Sesungguhnya pencapaian ILMU ALLAH adalah lebih tinggi dan menjangkau jauh sehingga ianya tidak boleh diterima oleh daya pemikira manusia. Pencapaian teknologi zaman ini semata-mata berlandaskan kepada kajian dan kepintaran otak ikiran ke tahap ILMU QALAM. Ilmu Allah menjangkau lebih tinggi ke tahap ILMU GHAIB dan ILMU SYAHADAH.
ILMU QALAM boleh dikuasai oleh seluruh manusia Islam, Kafir, Kufur atau Murtad. tetapi melalui MENGENAL DIRI dan MENGENAL ALLAH dengan sebenar-benarnya , umat Islam boleh menguasai ilmu yang lebih tinggi yakni ILMU GHAIB dan ILMU SYAHADAH. Peluang terisimewa yang di kurniakan Allah kepada Islam inilah yang sebenarnya meletakkan tahap umat Islam kesuatu darjat yang paling tinggi. Kemuliaan yang teragung jika dibandingkan dengan manusia kafir dan kufur.
Sabda Rasulullah : "Bermula awal agama itu adalah dengan mengenal Allah."
Oleh itu untuk mengetahui makrifat Allah, maka diberiNya ilmu kepada manusia melalui aqal dan iman, dengan satu harapan supaya manusia mengetahui akan hakikat sebenar tujuan zahirnya ke dunia ini, iaitu untuk berbakti kepada Nya dan untuk menyatakan dirinya sendiri pada zat, sifat, asma' dan afa'alNya.
Sesungguhnya semua Ilmu yang ada pada manusia adalah ilmu Allah semata-mata, sedangkan pada hakikatnya manusia itu adalah kosong tidak bermaya. Manusia sebenarnya tidak berhak ke atas sesuatu atau dirinya, hanya Allah sahaja yang empunya.
macam mana nk belajar semua ilmu2 ni?...sy sgt berminat :)
ReplyDelete