Thursday, 30 May 2013

TAFAKUR MENCARI KEREDHAN TUHAN


Berfikir atau tafakur amatlah dituntut dalam Islam kerana ia merupakan amalan yang mampu untuk meningkatkan IMAN kita kepada Allah kerana memikirkan analogi sesuatu kejadian adalah dituntut seperti mana Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

“Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah setahun”

Manusia adalah makhluk sebaik-baik kejadian dengan keistimewaan akal yang diberikan Tuhan, maka janganlah kita persiakan dengan mencemari fikiran kita dengan perkara yang tidak elok. Kita mampu untuk bertafakur sebelum melakukan sesuatu dengan cara membezakan antara buruk dan baik sesuatu kejadian.

Hanya dengan cara itu Allah akan tunjukkan jalan yang BENAR untuk kita yang akan membuahkan sesuatu tindakan yang rasional.

Pesan orang-orang tua berfikir dulu sebelum bertindak itu memang ada betulnya, yang silapnya adalah kita yang terus menerjah tanpa akal. Apa kata selepas solat kita praktikkan dengan muhasabah diri hanya dalam seminit saja.

Muhasabah diri dengan memikirkan apa yang telah kita lakukan sebelum solat, dosa-dosa yang kita telah lakukan dan memikirkan tentang azab seksaan Allah serta membayangkan ganjaran yang akan diperolehi jika kita patuh pada-Nya.

Insya'Allah, dengan itu kita akan mendapat Keredhaan Tuhan.

Wednesday, 22 May 2013

AGENDA SATU

Assalamualaikum..

pembuka bicara....
silat adalah satu peninggalan nenek moyang kita yang tidak lagi dapat dipisahkan dari kehidupan masyarakat melayu hari ini...

SILAT=SOLAT....
kerana setiap pergerakan silat adalah berasaskan gerakan2 didalam solat yang kita lakukan seharian. cuba anda fikir sejenak.. setiap pergerakan didalam solat wajib bersertakan dengan bacaan2 dan tertibnya sendiri, begitu juga dengan silat itu sendiri, kerana dalam setiap pergerakan silat hendaklah bertertib dan mempunyai sifat pergerakan itu sendiri disusuli pula dengan bacaan2 kalimah2 suci ALLAH yang akan memperkemaskan lagi langkah,gerak dan tari halus silat tersebut...

Tuesday, 21 May 2013

TIP AND TRICK

Ambil Segelas racun rumput atau apa sahaja bernama racun, dan minum macam air kopi...........

Lepas tu kunyah kaca @ kaca mug macam makan kacang

WAH..... Terujanya tak terkata melihat guru minum racun selamber dek aje, kunyah kaca macam kunyah kacang ........

TRICK NYA

Ambil akar semalu dan kunyah , airnya telan.... akr yang masih ada jangan telan , Simpankan di celah gusi .....

Minum racun insyallah tawar, makan kaca walau kaca MUG kunyah sembarangan tak perlu hati hati. insyallah tak luka, siap boleh telan lagi beb.....

Kehebatan Ilmu Herba Orang Dahulu kala

Sunday, 19 May 2013

SALAM PERKENALAN

Salam kepada semua saudara yang mengikuti blog saya. Blog saya adalah tanpa mendapat hasil dari sebarang iklan, hanya ingin berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan tuan/puan semua, mana tahu, boleh diguna-pakai memandangkan orang melayu semakin terhimpit dan ditekan dari semua penjuru oleh bukan melayu ditanah air kita ini.Beri sedikit masa, kerana saya akan mengemas-kini isi isi terbaru yang agak mencabar kerana dengan mesin scan yang baharu dibeli, lebih mudah saya meletakkan ayat ayat Quran pada tajwid dan nahu yang betul, bagi memudahkan tuan/puan membacanya dengan tepat menurut mahraj huruf. Didalam ilmu kebatinan, tadwid tidak diperlukan asalkan sebutan mahraj tepat sudah memadai seperti apabila kita membaca doa doa selepas solat, yakni doa doa yang diambil dari Kalam Tuhan, Al Quran.

Terus mengikuti blog percuma saya, ini adalah sumbangan perjuangan saya membela bangsa melayu di tanah air sendiri...salam dan sebarkan kepada sahabat sahabat, kawan kawan dan pejuang bangsa melayu...

Friday, 17 May 2013

AYAT PELEMBUT HATI

Salam keatas semua yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga dan Sahabat2 Baginda SAW

Segala Pujian Hanya BagiNYA, sebanyak bilangan ciptaanNYA

Didalam banyak banyak Pelembut Hati, Ayat ini adalah salah satu terutama dan mujarab, secara umum boleh digunakan untuk sesiapa sahaja seperti Majikan, kawan lawan, Suami Isteri, Anak2 dan sebagainya.

Ayat tersebut ialah dari Surah An-Nisaa ayat 84 yang diamalkan beberapa cara:-

1) Dibaca dan dihembuskan kewajah Suami, Isteri atau Majikan, untuk melembutkan hati jika mereka berkeadaan marah, dan dibaca 3 Kali (3 X)

2) Dibacakan kepada segenggam tanah/pasir sebanyak 3 Kali, dan dihamburkan kepada musuh yang sedang naik 'Syeh"................ atau sangat2 tinggi kemarahannya.

3) Secara umum, ayat ini dibaca 3 kali keatas tapak tangan yang mempunyai takungan AIR dan dihembus lalu membasuh muka dengannya dan dibiarkan kering dengan sendiri sebagai tambahan Penyeri Muka dan Pelembut Hati.

Wallhualam

Wednesday, 15 May 2013

BESI LELEH





Khasiat:-
Dikatakan sebagai "Raja Batu Permata" oleh kebanyakan pengamal perubatan dan ahli kebatinan kerana segala khasiat yang ada pada batu permata terkandung didalamnya
Bertindak sebagai penghalau makhluk halus, pendinding sihir, menguatkan semangat diri ketika kecemasan dan ketakutan, didalam keadaan tertentu (fisabilillah) badan seseorang boleh menjadi kebal dan semuanya ini dengan izin ALLAH swt. Semuanya bergantung kepada qada dan qadar serta keserasian pemakai.

Sunday, 12 May 2013

KHASIAT BATU PETIR




Melindungi diri dari marabahaya
Menahan dengkian manusia..
kekuatan tenaga..
Menjauhkan syaitan dan segala unsur kejahatan ini kerana syaitan takut melihat sahabatnya menjadi batu setelah dipanah petir..
kebiasaannya yang paling ditakuti oleh kita ialah santau dan ini akan dapat di tepis oleh batu petir ini..
Dari segi teori sains batu ini mempunyai gabungan bahan organik dan kimia yang belum dikaji dan diterokai oleh sesiapa..
Lagenda kekuatan khasiat batu ini:
Dikatakan batu ini dapat memampan serangan musuh sekiranya dipakai dibadan..musuh yang menyerang akan tercedera sendiri apabila menyentuh sipemakai..
Memampan dari serangan halus seperti santau dan ilmu hitam..
Rasa yakin diri dan berani...

Pantang larang..
-Jangan bermegah-megah dengan orang lain maka khasiat batu ini akan hilang dengan sendirinya...


Saturday, 11 May 2013

TAHAP-TAHAP ILMU (ANUGERAH ALLAH )

Sesungguhnya pencapaian ILMU ALLAH adalah lebih tinggi dan menjangkau jauh sehingga ianya tidak boleh diterima oleh daya pemikira manusia. Pencapaian teknologi zaman ini semata-mata berlandaskan kepada kajian dan kepintaran otak ikiran ke tahap ILMU QALAM. Ilmu Allah menjangkau lebih tinggi ke tahap ILMU GHAIB dan ILMU SYAHADAH.

ILMU QALAM boleh dikuasai oleh seluruh manusia Islam, Kafir, Kufur atau Murtad. tetapi melalui MENGENAL DIRI dan MENGENAL ALLAH dengan sebenar-benarnya , umat Islam boleh menguasai ilmu yang lebih tinggi yakni ILMU GHAIB dan ILMU SYAHADAH. Peluang terisimewa yang di kurniakan Allah kepada Islam inilah yang sebenarnya meletakkan tahap umat Islam kesuatu darjat yang paling tinggi. Kemuliaan yang teragung jika dibandingkan dengan manusia kafir dan kufur.

Sabda Rasulullah : "Bermula awal agama itu adalah dengan mengenal Allah."

Oleh itu untuk mengetahui makrifat Allah, maka diberiNya ilmu kepada manusia melalui aqal dan iman, dengan satu harapan supaya manusia mengetahui akan hakikat sebenar tujuan zahirnya ke dunia ini, iaitu untuk berbakti kepada Nya dan untuk menyatakan dirinya sendiri pada zat, sifat, asma' dan afa'alNya.

Sesungguhnya semua Ilmu yang ada pada manusia adalah ilmu Allah semata-mata, sedangkan pada hakikatnya manusia itu adalah kosong tidak bermaya. Manusia sebenarnya tidak berhak ke atas sesuatu atau dirinya, hanya Allah sahaja yang empunya.

Friday, 10 May 2013

PERBANDINGAN

ASSALAMUALAIKUM.


Perbandingan silat dan seluruh seni mempertahankan diri.

buka minda dan bertanya..mana asal usul silat, dan siapa yang mempraktikkan silat??
tentu pasti jawapanya adalah melayu..
apa agama seorang melayu?? sudah pasti tertera di ic nya islam...

maka silat dan islam adalah satu perjalanan melayu yang lurus sudah pasti tiada bengkang dan bengkoknya lgi...

taekwando,karate,judo,kungfu,muay thai, dan bnyak lagi..adalah seni yang lain dimana asal usulnya tiada langsung perkaitan dengan islam...

saya sendiri pernah diceritakan dimana ia berlaku disebuah sekolah. ada cikgu yang megusulkan agar dibuat satu pertubuhan silat disekolah tersebut, tetapi telah dibangkang oleh seorang USTAZAH lalu dicadangkan oleh dia taekwando...
lihatlah kejayaan barat mempengaruhi kita melayu hari ini..seorang ustazah yang penuh ilmu agama telah sewenangnya dipengaruhi inikan pula kita seorang anak melayu yang telah tiada jatidirinya....